Showing posts with label Soccer. Show all posts
Showing posts with label Soccer. Show all posts

Thursday, 12 February 2009

Adebayor terbaik Afrika 2008

1 comments

EMMANUEL ADEBAYOR


LAGOS, Nigeria - Penyerang Arsenal, Emmanuel Adebayor dari Togo dinamakan sebagai Pemain Terbaik Afrika 2008 kelmarin.

Adebayor, 24, mengetepikan saingan finalis lain termasuk Michael Essien dari Ghana yang juga pemain tengah Chelsea serta pemain Mesir, Mohamed Aboutrika, pemain tengah kelab Al Ahly menerusi undian oleh 35 jurulatih negara Afrika.

Adebayor menjaringkan 30 gol dalam semua kejohanan untuk Arsenal, mengemudi Togo ke pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 dan kejohanan Piala Negara Afrika.

Dia merupakan pemain Togo pertama yang memenangi anugerah itu.

"Saya rasa amat gembira menerima anugerah ini. Saya sangat bangga dengan apa yang saya berjaya lakukan untuk bola sepak Afrika Selatan pada ketika Piala Dunia akan beraksi di sini. Kita akan berusaha keras untuk Piala Dunia dan akan menang kejuaraan itu," katanya pada satu majlis gala di Lagos, semalam. - AGENSI

Friday, 30 January 2009

Owen cedera lagi

0 comments

LONDON - Penyerang Newcastle United, Michael Owen terpaksa berehat panjang selepas cedera pergelangan kaki ketika perlawanan menentang Manchester City dengan kekalahan 1-2, kelmarin.

Owen terpaksa keluar padang selepas 19 minit perlawanan dan menjalani imbasan, semalam untuk melihat tahap kecederaan.

"Michael perlu menggunakan topang ketiak untuk keselamatannya dan esok dia akan menjalani imbasan," ujar pengurus Newcastle, Joe Kinnear kepada laman web kelab (www.nufc.premiumtv.co.uk) kelmarin.

Keadaan bertambah buruk buat Newcastle apabila pemain tengah, Joey Barton turut mengalami kecederaan buku lali.

"Joey telah membuat imbasan, dia tidak pasti sama ada buku lalinya retak atau tidak. Katanya dia rasa ada sesuatu yang retak di buku lali kanannya.

"Kedua-duanya Michael dan Joey tidak boleh bermain kerana kecederaan itu," ujar Kinnear. - Reuters.

Pandangan peminat bola sepak tempatan

0 comments

CERITA kegagalan bola sepak negara bukanlah satu cerita baru.

Bola sepak terus mengalami zaman kesuraman. Sentuhan pemain sekarang tidak lagi sehebat Allahyarham Mokhtar Dahari atau pun Datuk Soh Chin Aun.

Ada yang meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merombak pemain dan menukar pengurusan baru.

Para peminat terus terdesak untuk melihat kegemilangan bola sepak negara sesuai dengan gelaran? Harimau Malaya?

Malangnya, ngauman harimau ini tidak segarang dulu. Langkahnya sudah sumbang dan tidak lincah lagi. Berikut terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan mutu bola sepak negara